Saturday, October 17, 2020

 



Carta Organisasi Pergerakan Puteri Islam Malaysia
SK Lahad Datu III 2020



Pengerusi

PN.PAHIDA BINTI MUSTAPHA


Setiausaha
HJH ROSDIANA BINTI HJ MOHD AMIN

AJK Guru Penasihat
Pn. Juliana Binti Mohd. Set
Pn. Anis Frhan Binti Abu Bakar
Pn. Rasidah Binti Rasjid
Cik Rokiah Binti Hj.Tengah
Pn. Siri Junaidah Binti Boss
Pn. Nom Fazlina Binti Numlee
Pn. Hjh. Norhayati Binti Hj. Kader
Pn. Norsiah Binti Kangan
Pn. Sitti Sahrah Binti Mohd. Arip
Pn. Nurul Nazwa Binti Assim
Pn. Hemy Suziana Osman
Pn. Mazaini Binti Mokhtar
Cik Nusibah Binti Kamarulzaman


LATAR BELAKANG PPIM 

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. 
Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T

SEJARAH PPIM 
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005. Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011. 

VISI PPIM 
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : 
1. Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. 
2. Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. 
3. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

MISI PPIM 
1.  Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan 
2.  Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik. 
3.  Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.