Carta Organisasi Pergerakan Puteri Islam Malaysia
SK Lahad Datu III 2020
Pengerusi
PN.PAHIDA BINTI MUSTAPHA
Setiausaha
HJH ROSDIANA BINTI HJ MOHD AMIN
AJK Guru Penasihat
Pn. Juliana Binti Mohd. Set
Pn. Anis Frhan Binti Abu Bakar
Pn. Rasidah Binti Rasjid
Cik Rokiah Binti Hj.Tengah
Pn. Siri Junaidah Binti Boss
Pn. Nom Fazlina Binti Numlee
Pn. Hjh. Norhayati Binti Hj. Kader
Pn. Norsiah Binti Kangan
Pn. Sitti Sahrah Binti Mohd. Arip
Pn. Nurul Nazwa Binti Assim
Pn. Hemy Suziana Osman
Pn. Mazaini Binti Mokhtar
Cik Nusibah Binti Kamarulzaman
LATAR BELAKANG PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian
seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah,
institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh
Malaysia.
Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah
penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Allah S.W.T
SEJARAH PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh
YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum
hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang
bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.
Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku
Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang,
Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM
Pertama.
Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM
dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf
‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah
disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan
Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di
seluruh Malaysia.
Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita
lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi
mangsa banjir dan program ziarah hospital.
PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi
pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di
Universiti Islam Antarabangsa.
Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji
Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri.
Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24
Ogos 2005.
Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg.
Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi
pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.
VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
2. Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara
bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
3. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan
terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
MISI PPIM
1. Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam
konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang
dijalankan
2. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat
khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
3. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran
supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan
masyarakat.
No comments:
Post a Comment